Nasi Air Kelantan Simple
Assalamualaikum wbt,
Harini saya nak buat nota dan kongsi tentang 1 hidangan yang cukup popular di Kelantan, iaitu Nasi Air.
Nasi Air ni adalah makanan evergreen di Kelantan. Selain Nasi Air, Mee Celup, Bihun Celup juga merupakan makanan yang sangat popular di Kelantan. Ketiga-tiga hidangan ni menggunakan "asas kuah sup yang sama". Maksudnya, kuah sup 3 hidangan ni adalah sama, yang berbeza adalah pilihan "topping" untuk sup ini.
Konklusinya, kalau tak nak buat Nasi Air tapi nak tukar kepada mee atau bihun, pun boleh. takde masalah.
Dalam masakan ni, kita ada kepelbagaian.
Jom saya share nota.
Resepi Nasi Air Kelantan Simple
Bahan Sup
Bahan A
- Daging - potong 4x4 inci
- Ayam - bahagian dada 1 buku (tak perlu potong)
- Lengkuas - 2 inci (diketuk kasar)
- Halia - 2 inci (diketuk kasar)
- Bawang besar - 1@2 biji (Potong 4)
- Bawang putih - 3 ulas (tumbuk kasar)
- Biji ketumbar - 1 sudu kecil (tumbuk kasar)
- Sos tiram - 3@4 sudu besar
- Kicap - 3@4 sudu besar
- Tomato - 1 biji (potong 4)
- Daun saderi/sup - secukupnya ( potong halus)
- Cili padi - 5 biji - ikut citarasa (potong kasar)
- Air secukupnya
- Garam dan perisa secukupnya
- Sos Ikan - boleh tambah kalau perlu
Bahan B
- Sup Bunjut Adabi - guna yang "Sup Tulang"
- Bawang Merah - 2 ulas (tumbuk kasar)
- Bawang Putih - 3 ulas (tumbuk kasar)
Bahan hiasan
- Ikan bilis goreng
- Bawang goreng
- Daun sup & daun bawang (hiris halus)
- Hirisan daging@ayam yang direbus tadi
Cara-Cara
1. Rebus daging@ayam bersama lengkuas, halia & ketumbar hingga empuk.
2. Setelah empuk, masukkan sos tiram, kicap, bawang besar, bawang putih dan biarkan mendidih seketika.
3. Dalam kuali lain, tumiskan Bahan B sehingga sedikit garing. Masukkan sedikit air rebusan daging@ayam. Biarkan mendidih seketika.
4. Masukkan stok Bahan B yang ditumis ke dalam periuk rebusan daging@ayam. Kacau rata.
5. Masukkan tomato, cili, daun saderi @ daun sup, garam, perisa dan sos ikan(jika perlu).
6. Sesuaikan rasa, biarkan mendidih dengan api perlahan seketika. Kemudian, boleh tutup api.
7. Keluarkan daging@ayam, potong kecik daging atau carikkan isi daging@ayam tersebut. Isi daging@ayam akan ditabur dalam nasi air nanti.
Bahan nasi air
- Beras untuk 3 orang makan
- air secukupnya.
Cara-Cara
1. Tanak beras dengan air yang banyak sedikit.
2. Sentiasa kacau beras untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.
3. Apabila beras telah pecah dan air kering sedikit, boleh lah tutup api.
3. Boleh tanak menggunakan dapur gas atau rice cooker.
Hidangan
- Ambil nasi air dan taburkan dengan bahan hiasan secukupnya. Kemudian baru masukkan kuah sup.
P/s:
Boleh ditambah bahan hiasan lain untuk lagi power.
- Lobak masin
- Kacang tanah tumbuk
- Daun kangkung dicelur
- Tauge dicelur
- Perahan air limau
- Cili flakes
Nah hadiah ❤
Comments
Post a Comment