Sotong Goreng Kunyit
Assalamualaikum, harini saya nak share resepi sotong yang sangat disukai oleh adik-adik saya.
Resepi Sotong Goreng Kunyit (campur daun limau purut)
Bahan-bahan:
- sotong (400 gm) anggaran - hiris bulat
- kunyit hidup - kisar halus
- daun limau purut - kisar halus
- bawang putih - 3 ulas
- bawang merah 2 ulas
- bawang besar - hiris memanjang
- Kubis Bunga (ikut citarasa)
- kacang panjang (ikut citara)
- Cili (ikut pedas masing-masing)
P/s: kunyit hidup tu boleh sahaja diganti dengan serbuk kunyit (tak perlu kisar, terus perap) . Bereh jah, takdok ha.
Cara-cara:
1. Perap sotong bersama bahan dikisar bersama garam
2. Tumis bawang putih & merah hingga naik bau.
3. Masukkan sotong biarkan hingga air sotong keluar seketika.
4. Keluarkan sotong dan biarkan air sotong dalam kuali kering sedikit. (Untuk menggelakkan sotong menjadi kecut dan keras)
5. Masukkan sedikit minyak, bawang besar, kubis bunga, dan cili. Kacau hingga rata.
6. Bila air dalam kuali kering sedikit, masukkan kembali sotong, tomato dan cili.
7. Kacau rata dan perasakan dengan garam.
Sedap dimakan bersama nasi panas & ulam-ulaman.
Nah hadiah
Comments
Post a Comment