Banana Pancake // Pancake Pisang // Lempeng Pisang

Assalamualaikum wbt semua,

Harini saya nak share resepi lempeng pisang. Haritu saya ada beli pisang, dan bila pisang tu dah masak tetiba rasa macam nak try buat jadi lempeng. 

So, gigih lah saya search resepi banana pancake. And, mr.hubby said it taste so good.

Jom saya share.

Resepi Lempeng Pisang // Pancake Pisang.

Bahan-bahan
- Pisang Cavendish - 2 @3 biji (ambik yang dah masak)
- Telur - 1 biji
- Esen Vanilla - 1 sudu besar
- Garam - secubit
- Gula - 2 sudu besar
- Margerin - 1 sudu besar
- Susu tepung - 3 sudu besar
- Tepung penaik - 1 sudu kecil
- Gandum - 2 cawan
- Air secukupnya.

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender @ mixer. Masukkan air  1 cawan terlebih dahulu, dan blend @ mix kan semua bahan. Sekiranya pekat, tambah air sedikit demi sedikit. 
Pastikan batter tu tak terlalu pekat dan tak terlalu cair.

2. Panaskan non stick pan, guna api kecil sahaja.

3. Masukkan batter & masak sehingga dah tak melekat @ selama 2 minit @ sehingga menjadi warna koko.

4. Terbalikkan, dan biarkan selama 1 minit @ sehingga masak.

P/s : cara masak sama je macam lempeng biasa.

5. Siappp!!!

Boleh dimakan bersama madu, buah @ apa-apa spread (coklat, kaya, peanut butter & etc) yang kita suka.

Good luck.

Comments

Popular Posts