Ayam Goreng Kunyit

Assalamualaikum wbt,

Harini saya nak berkongsi nota tentang salah satu masakan yang sangat ringkas dan mudah. Which is Ayam Goreng Kunyit.

Masakan ni simple je, dan bahan-bahan untuk masakan ni pun sangatlah mudah didapati. Campak-campak aje bahan yang ada kat dapur tu, dah settel. Boleh ngap dengan jayanya.

Jum gengs

Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:
- isi ayam - 2@3 orang makan (potong dadu)
- kunyit - 2 inci (tumbuk)
- halia - 1 inci (tumbuk)
- sedikit garam (tumbuk)
- bawang putih - 2 ulas (tumbuk)
- bawang merah - 1 ulas (tumbuk)
- bawang besar - ikut size (hiris panjang)
- sos tiram - 1 sudu besar
- cili padi (ikut kepedasan masing-masing)
- kubis bunga
- karot (potong panjang)

Cara-cara:
1. Perap isi ayam bersama kunyit, garam & halia yang telah ditumbuk bersama.

2. Goreng isi ayam sehingga putih atau garing. Angkat dan asingkan ayam terlebih dahulu.

3. Tumis menggunakan minyak yang sama. bawang putih dan bawah merah sehingga naik bau.

4. Masukkan sos tiram. Kacau sebati.

5. Masukkan ayamyang telah digoreng tadi, kubis bunga, karot, bawang besar. Kacau hingga sekata.

6. Rasakan bersama garam dan perisa sekiranya masih tawar.

Siap!

Complimentary dish = ulam, sambal belacan @ budu. Di makan bersama nasi panas-panas. Terbaikkk.


Nah Hadiah 😋,

Comments

Popular Posts