Ayam Percik Merah (Ayam Bakar Kelantan)

Assalamualaikum wbt,

Harini saya nak share satu nota masakan kelantan yang agak popular, terutamanya pada bulan Ramadhan iaitu Ayam Percik. Rasa aroma dan lemak santan pada ayam tu, memang sangatlah memikat hati. 

Kalau bakar Ayam Percik ni, dari jauh pun dah dapat bau dah.

Jom gengs,



Resepi Ayam Percik Merah (Ayam Bakar Kelantan)

Bahan-bahan:

Bahan A

- Ayam (potong 4)

- kunyit - 1 inci (tumbuk)

- garam (tumbuk)

- sedikit halia - 1 inci (tumbuk)

Bahan B untuk kuah santan

- 10-15 cili kering (dikisar halus)

- bawang merah - 2 ulas (kisar halus)

- bawang putih- 3 ulas (kisar halus)

- serai - 2@3 batang (ketuk kasar)

- santan - 250gm (bergantung pada ayam)


Cara-cara:

1. Perap ayam bersama Bahan A. Sambil perap ayam, boleh buat kuah percik sekali.

2. Masukkan semua Bahan B yang dikisar halus, serai dan santan. Masak dengan api sederhana.

3. Kacau sentiasa kuah percik untuk elakkan santan daripada bergumpalan. Kacau sehingga mendidih.

4. Biarkan kuah sedikit pekat, kemudian masukkan sedikit gula dan garam. Seimbangkan rasa dan boleh tutup api.

5. Bakar ayam hingga masak, kemudian salutkan ayam bersama kuah percik. Dan sambung bakar lagi.

6. Bila kuah percik pada ayam mulai kering, boleh angkat dan hidangkan baki kuah percik tadi

7. Siap.

Tips : Kalau suka pedas, boleh tambahkan jumlah cili kering mengikut kepedasan masing-masing.

Complimentary dish : Sedap dimakan bersama sambal belacan, budu, ulam dan sebagainya.

Nah hadiah 🤗

Comments

Popular Posts