Ikan Singgang Kelantan

Assalamualaikum wbt,

Harini, saya nak kongsikan nota tentang 1 masakan yang popular di negeri Cik Siti Wan Kembang, iaitu Ikan Singgang. 

Hidangan ni antara masakan trademark negeri Kelantan dan sangat lah mudah untuk dimasak.

Jom kita belajar geng.


Resepi Ikan Singgang Kelantan

Bahan-Bahan:
- Ikan Aya(Tongkol)/ Ikan kembong
- lengkuas - 2 inci (ketuk kasar)
- asam gelugor(keping) - 2 Keping
- bawang merah - 2 ulas (potong panjang)
- cili hijau/cili padi - ikut kepedasan (ketuk kasar)
- bendi - 3@4 batang
- garam & gula secukup rasa

Cara-cara:
1. Rebus ikan, lengkuas, bawang merah dan asam gelugor dengan api sederhana hingga mendidih.

2. Apabila mendidih, masukkan cili hijau/cili padi, bendi dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

3. Biarkan mendidih seketika untuk pastikan bendi masak.

Siap!

*Ikan Singgang Terengganu cuma perlu tambah sedikit kunyit hidup. Itu sahaja bezanya.

Complimentary dish = Sedap di makan dengan nasi panas bersama budu pedas, ulam-ulaman kampung, atau sambal belacan

Tapi geng, bagi saya pula. Saya lebih suka goreng ikan singgang ini setelah masak. Dan, barulah dimakan bersama nasi. Rasanya superbbb. Tapi, tu hanya cara saya lah. Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain lah citarasanya kan.


Nah hadiah 😋


Comments

Popular Posts