Kulat Sisir Goreng Telur

Assalamualaikum, 

Harini saya nak buat nota tentang cara nak masak kulat sisir a.k.a cendawan kukur.

Kulat sisir ni biasanya akan tumbuh pada batang pokok getah yang telah mati.
Dan, hanya akan tumbuh selepas hari hujan.

Jom saya ajar.

Resepi Kulat Sisir Goreng Telur

Bahan-bahan
- 2 genggam kulat sisir yang telah di siang & direndam dengan air garam
- 2 ulas bawang putih 
- 1 ulas bawang merah
- 3@4 biji cili api
- garam secukupnya
- minyak untuk tumis

Cara-cara
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah & cili api sehingga lumat.

2. Kemudian, tumbuk kasar kulat sisir tersebut. Gaulkan bersama dengan bawang & cili yang telah ditumbuk.

3. Tumis minyak & tumiskan semua bahan yang telah ditumbuk. Perasakan dengan garam & perisa secukupnya.

5. Apabila sedikit kering, masukkan telur yang telah whisk (pukul) kasar. Gaulkan sehingga kulat sebati.

6. Sekiranya terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.

7. Apabila telur sudah masak kering, bolehlah diangkat.

Siap!!!

Complementary dish = ikan goreng + nasi panas

Nah hadiah.


P/s : cara siang kulat ni. Kita buang pangkal kulat yang keras dan hitam. 

Kemudian, rendam dengan air garam selama 10 minit.

Lepastu, tukar air lain untuk keluarkan pasir.
Seterusnya sejatkan air & boleh digunakan.

xoxo, love.

Comments

Popular Posts