Bihun Goreng Classic
Assalamualaikum wbt,
So, harini saya nak kongsi resepi easy peasy je. Bihun goreng. Bagi saya, resepi ni memang the taste of bihun goreng that I'm looking for. Makan waktu pagi dengan kopi. Fuhhhh
Tapi, its still depend pada taste bud awak lah. Sebabnya, lain orang lain cita rasa kan.
Jom.
Resepi Bihun Goreng Classic
Bahan-bahan
Bawang putih - 2 ulas (kisar)
Bawang merah- 2 biji (kisar)
Tomato - 1 biji (kisar)
Cili kering (kisar) - 1@2 senduk
Sos tomato - 3 sudu besar
Sos tiram - 2 sudu besar
Kicap manis - 2@3 sudu besar
Kicap masin - 2@3 sudu besar
Isi ayam - secukupnya
Sayur - secukupnya
Tomato - 1 biji (belah 4)
Garam, gula, perasa
Cara-cara
1. Tumiskan bahan dikisar & cili kering sehingga pecah minyak.
2. Masukkan isi ayam, gaul sebati sehingga isi ayam masak.
3. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap manis, kicap masin dan kacau sebati.
4. Tambah gula, garam & perisa. Seimbangkan rasa.
5. Masukkan sayur, tomato & kacau sebati.
6. Masukkan bihun dan gaul sehingga sebati.
7. Goreng bihun sehingga sedikit kering, dan boleh tutup api.
Siap untuk dihidangkan.
Nah hadiah.
Comments
Post a Comment