Ikan Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum wbt semua,

Harini saya nak share resepi tentang masak lomak ikan which is kesukaaan encik suami saya ni iaitu Ikan Masak Lomak Cili Padi. 

Oh btw, saya ni tak terer sangat bab masak lomak ni. Al-maklumlah kita ni orang negeri cik siti wan kembang. Husband pulak ada darah nismilan, so kita layan aje selera encik suami ni.

Sape tak sayang suami uiii.

Jom

Resepi Ikan Masak Lomak Cili Padi

Bahan-Bahan
- Ikan selar - 2 ekor (lumur sedikit garam & kunyit)
- Serai - 2 batang
- Cili padi - 11 biji (kisar)
- Kunyit - 4 inci sebesar ibu jari (kisar)
- Asam Keping 
- Santan - Secukupnya
- Air secukupnya.
- Daun kunyit - Hiris halus

Cara-cara
1. Goreng ikan sehingga masak. Ketepikan

2. Kisar cili padi & kunyit sehingga lumat. Masukkan ke dalam periuk bersama air & biarkan mendidih.

3. Masukkan asam keping, serai, daun kunyit & santan. Kacau sentiasa sehingga mendidih.

4. Apabila mendidih, masukkan ikan digoreng tadi. Boleh rasakan dengan garam, gula & perasa.

5. Apabila mendidih, boleh tutup api & hidangkan.

6. Siappppp!!!

Tips : Kakak ipar which is orang nismilan ada ajar, kalau nak buat ikan masak lomak cili padi. Boleh lah tambah tomato, belimbing buloh, buah bacang @ mangga. Supaya rasa masam tu lagi uhmmm gitew.

Cuba lah gengs.

Nah hadiah 🤗

Comments

Popular Posts