Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi

Assalamualaikum wbt,

So, harini saya nak kongsi nota tentang satu lagi masakan masak lomak cili padi negeri sembilan.
Dari pembacaan saya, "asas" masak lemak cili padi ni sama je. 

Jadi, bergantung atas kita macam mana nak olah "asas" ni dengan jenis makanan lain. Contohnya, rebung, ketam, udang, ikan dan sebagainya.

Let's go.

Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan

Pucuk ubi kayu - bahagian pucuk lembut di bahagian atas je tau (secukupnya)
Kunyit - 2@3 ketul sebesar ibu jari
Cili padi - 11 biji (ikut kepedasan)
Asam Keping - secukupnya
Serai - 1 batang (ketuk kasar)
Santan kotak KARA - secukupnya
Garam, gula & perasa

Cara-cara

1. Celur pucuk ubi terlebih dahulu sehingga layu, buang air rebusan tu. Ketepikan.

2. Kisar halus kunyit dan cili padi. Kemudian, rebus pucuk ubi bersama bahan yang dikisar, serai dan asam keping dengan api perlahan.

3. Apabila mendidih, masukkan santan dan kacau sentiasa hingga mendidih. Perasakan dengan garam, gula & perisa.

4. Biarkan seketika dan masak dengan api perlahan sehingga pecah minyak.

5. Boleh tutup api. Siapppppppp


Complimentary dish : Macam biasalah geng, masak lemak ni best sangat kalau di makan bersama ikan goreng atau telur dadar, ditambah pula dengan nasi panas memang syokkk woooo, padu beb.

Oh, ya. Saya masak dengan api perlahan sebab nak pucuk ubi tu betul-betul lembut. Sebabnya, kalau pucuk ubi tak masak sempurna, nanti boleh menyebabkan perut kembung dan badan berangin.

Okay, itu sahaja.

Nah hadiah =).



Comments

Popular Posts