Ayam Masak Lemak Cili Padi
Assalamualaikum wbt,
So, harini saya nak share nota tentang Ayam Masak Lomak. Iaitu masakan nismilan. Saya cari resepi masak lomak ni dekatfacebook, twitter pastu baca komen cane nak buat ayam masak lomak yang sedap.
Rupanya, alaaaa sonang yo gais. Suami pun puji cakap sodap.
Apa tunggu lagi, jom gengs.
Resepi Ayam Masak Lomak Cili Padi
Bahan-bahan
Ayam - 2@3 orang makan
Kunyit 2 inci - 3@4 ketul
Cili padi - 11 biji (ikut tahap kepedasan masing-masing)
Serai - 2 batang (ketuk kasar)
Asam Keping/Gelugor - secukupnya
Santan kotak KARA - secukupnya
Garam - secukupnya
Gula - secukupnya
Perasa - secukupnya
Cara-cara
1. Kisar halus cili padi & kunyit hidup.
2. Masukkan bahan yang dikisar, ayam, serai, asam keping ke dalam periuk. Masak dengan api kecil sehingga mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan santan dan kacau sentiasa sehingga mendidih.
4. Perasakan garam, gula & perasa sehingga seimbang. Biarkan mendidih seketika.
5. Boleh tutup api.
6. Siap !!!!
Tip: Biarkan ayam mendidh lama sebelum masukkan santan supaya isi ayam lebih lembut.
Complimentary dish: Telur dadar + Nasi Panas + Ulam + Sambal Belacan/Budu = Terbaikkkk!!!!!
Nah hadiah 😋
Comments
Post a Comment