Kerutuk Daging Kelantan

Assalamualaikum wbt,

Harini saya nak share nota 1 makanan Kelantan iaitu Kerutuk. Rasa kerutuk ni agak rare dan interesting. Dan, cara nak masaknya pun takde lah susah sangat. Kerutuk ni boleh je kalau kita nak guna ayam ke, daging ke, itik ke, ayam kampung ke. Semua boleh, takde hal

Jom, gengs

Resepi Kerutuk Daging Kelantan

Bahan-bahan

- Daging - 500 gm (potong 2 inci)
- Serbuk kerutuk - 4 sudu besar (bancuh sedikit air
- Cili kering - 10-15 biji (kisar) ikut kepedasan masing-masing
- Bawang merah - 3 ulas (kisar)
- Bawang besar - 1 biji (kisar)
- Bawang putih - 5 ulas (kisar)
- Halia - 2 inci (kisar)
- Lengkuas - 2 inci (kisar)
- Serai - 2@3 batang (ketuk kasar)
- Kayu manis -1 batang
- Buah pelaga - 3 biji
- Bunga lawang - 2 biji
- Kerisik - 2 sudu besar (secukupnya)
- Asam keping - 1@2 (secukupnya)
- Santan pekat - 250 ml (secukupnya)
- Ubi kentang - 2@3 biji (belah 4)
- Gula melaka - secukupnya
- Garam & perisa - secukupnya
- Air - secukupnya

Cara-cara

1. Tumiskan kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, serai & bawang serta halia & lengkuas yang telah dikisar sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan bancuhan serbuk kerutuk & cili kering kisar. Tumis sehingga pecah minyak.

3. Apabila pecah minyak, masukkan daging dan kacau sehingga sebati. Tutup periuk dan masak dengan api perlahan selama 10 minit. Biarkan air daging keluar & jangan campurkan air buat masa ni. 

4. Selepas 10 minit, masukkan air secukupnya. Kacau sebati, kemudian masak sehingga daging empuk.

5. Setelah daging empuk, masukkan ubi kentang, kerisik, santan & asam keping.

6. Kemudian, masukkan gula melaka, garam dan perisa. Kerutuk daging ni pelu manis sedikit, jadi sesuaikan rasa dengan lebihkan rasa manis sedikit.

7. Masak sehingga pecah minyak dan kuah menjadi pekat.

8. Siap untuk dihidangkan.


Complimentary dish : sedap dimakan bersama nasi hujan panas, acar timu & sambal belacan. Tapi, kalau nak makan bersama nasi putih biasa pun okay je, takde hal.


Nah hadiah 😋



Comments

Popular Posts