Nasi Goreng Telur (The Golden Fried Rice)

 Assalamualaikum wbt,

Apa khabar semua? Sihat ke? Harapnya semua sihat sentiasa dan selamat. Amalkan SOP tau gais, risau jugak zaman-zaman Covid-19 ni. Macam-macam boleh jadi.

Harini, saya nak share nota nasi goreng. Nasi goreng ni antara kesukaan ramai jugak lah. Bila husband bawak bekal ke office, ramai orang cakap sedap. So, saya nak share lah resepinya kat sini. Biar sama-sama boleh cuba.

Nasi goreng ni simple sangat-sangat. Saya pun sesaje jelah fefeelings letak nama omputehnya "The Golden Fried Rice". Nak ambik feeling macam Gordon Ramsay giteww.. hahaha. Padahalnya, Nasi goreng telur biasa je sebenarnya.

Ok, moh ler kita start ya.


Resepi Nasi Goreng Telur (The Golden Fried Rice)

Bahan-bahan

- Nasi - 2@3 orang makan
- Telur - 1 biji
- Isi ayam - secukupnya
- Bawang Merah - 3 biji (kisar/tumbuk)
- Bawang Putih - 3 biji (kisar/tumbuk)
- Cili Padi - 3 biji (kisar/tumbuk)
- Sayur - secukupnya
- Garam, gula & perisa

Cara-cara

1. Goreng telur seakan-akan kita nak buat scramble egg. Ketepikan.

2. Kemudian, goreng isi ayam sehingga masak. Tapi jangan sampai garing. Ketepikan.

3. Menggunakan minyak yang sama, tumis semua bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak.

4. Setelah pecah minyak, masukkan sedikit air dan perasakan dengan garam, gula dan perasa. Biarkan rasa seimbang dan air kering.

5. Kemudian, masukkan isi ayam dan telur yang telah digoreng tadi. Kacau sehingga sebati.

6. Masukkan sayur dan kacau sebati sehingga sayur masak. Cuba rasa, sekiranya terkurang rasa masin @ manis, bolehlah tambah secukup rasa.

7. Masukkan nasi putih, kacau sehingga semua bahan tumisan tadi sebati dengan nasi. Goreng nasi dengan api perlahan

8. Sekiranya masih terkurang rasa, boleh lah tambah apa yang kurang.

9. Goreng nasi 5-10 minit. Setelah nasi dah sebati cantik, boleh tutup api.

10. Siapppppp


Nah hadiah 🤗,




Comments

Popular Posts