Sayur Bendi Singgang

Assalamualaikum wbt,

So gengs, harini saya nak kongsi satu lagi resepi bendi, iaitu bendi singgang. Masakan ni saya selalu makan waktu kat kampung, dan ianya antara makanan favorite saya. Cara masakkan nya amatlah mudah dan sesenang ABC.

Jom, gengs


Resepi Sayur Bendi Singgang

Bahan-bahan

- Bendi - 2@3 orang makan (potong serong)
- Bawang merah - 2 biji (potong panjang)
- Bawang putih - 2 biji (potong panjang)
- Lengkuas - 1 1/2 inci (potong bulat)
- Asam keping - 1 keping
- Air secukupnya
- Garam, gula & perisa secukupnya

Cara-cara

1. Masukkan air, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan asam keping ke dalam periuk, masak sehingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan bendi dan kacau.

3. Apabila air mendidih kembali, masukkan garam, gula dan perisa secukupnya.

4. Siap untuk dihidangkan


Complimentary dish : Ikan masin, Ikan rebus goreng, ikan goreng, budu, ulam, sambal belacan, sambal tempoyak + nasi panas = the best.

Nah hadiah 🤗




Comments

Popular Posts