Telur Mata Sambal Kicap
Assalamualaikum wbt,
Masakan ni serius, paling senang dan paling mudah untuk dimasak. Dan, bahan-bahannya pun sangatlah simple. Mostly, ada je kat dapur.
Jom saya share.
Resepi Telur Mata Sambal Kicap
Bahan-bahan
- Telur - 3@4 biji
- Bawang besar - 1 biji (hiris panjang)
- Bawang putih - 5@6 biji (hiris panjang)
- Cili Padi - 2@3 biji (hiris) - bergantung atas citarasa
- Kicap Manis - Secukupnya
- Kicap Masin - Secukupnya
- Sos tiram - 2 sudu besar
- Garam, gula & perasa (secukupnya)
Cara-cara
1. Goreng telur , satu persatu dengan api kecil sehingga masak. Ketepikan.
2. Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar & bawang putih sehinga naik bau dan layu.
3. Lepas bawang dah layu, masukkan kicap manis, kicap masin, sos tiram & cili padi. Gaul sebati.
4. Masukkan sedikit air sekiranya kuah agak pekat. Perasakan dengan garam, gula & perisa secukup rasa.
5. Gaul sebati, seimbangkan rasa.
6. Siapppp!!!!!
Bolehlah makan sambal kicap bersama telur goreng tadi dan nasi panas-panas. Terangkat beb.
Tips : Saya tak gaul telur dalam sambal kicap tu sebab tak nak telur tu jadi macam kembang. Kalau telur dan sambal tu diasing, rasa telur tu tetap maintain dan masih sedap dimakan walau dah lama masak.
Selamat mencuba.
Nah hadiah =)
Comments
Post a Comment