Tom Yum Goong

 Assalamualaikum wbt,

Hari ini saya nak kongsi nota masakan yang agak famous & mudah dibuat tapi agak payah untuk dapat hasil yang umphh. Tom Yam Goong. Tom Yam Goong ni sama je macam tom yam biasa, tapi di tambah dengan santan. 

Rasa lemak santan, pedas cili, masam limau nipis yang seimbang tu memang akan buat kita tambah nasi lah, senang cerita. Haaa

Tom yam biasanya ada 7 bahan wajib letak iaitu, lengkuas, cili padi, serai, daun limau purut, akar ketumbar, bawang besar & perencah tomyam thai. 

Tolonglah jangan guna halia. Nanti rasa tom yam tu lari jauhhh dari kebenaran.

Let's go gengs,


Resepi Tom Yam Goong

Bahan-bahan
- Ayam / Seafood (ikut suka)
- Santan - 200 ml (secukupnya)
- Cili padi - 7- 8 biji (ketuk kasar)
- Lengkuas - sebesar ibu jari (hiris bulat)
- Serai - 2@3 batang (ketuk kasar)
- Daun limau purut - 6-7 helai (buang tulang tengah daun)
- Akar ketumbar - 1 batang
- Air limau nipis - 2 biji (secukupnya)
- Bawang besar -  1 biji (hiris panjang)
- Perencah tomyam thai (Kung Thai Brand) - 2@3 sudu besar
- Perencah tomyam (chili in oil Maepranom Brand) - 2@3 sudu besar
- Daun ketumbar - sejemput (hiris kasar)
- Cendawan tiram - optional
- Bunga Kubis - optional
- Tomato - 1@2 biji (belah 4) optional
- Air - secukupnya
- Sos ikan - secukupnya / boleh je guna garam
- Gula kabung thai - secukupnya / boleh je guna gula biasa

Cara-cara
1. Masukkan santan dan air ke dalam periuk. Kacau perlahan dengan api kecil.

2. Masukkan ayam, serai, akar ketumbar dan lengkuas. Masak dengan api kecil sehingga ayam empuk. Kacau sentiasa dengan api perlahan.

3. Apabila mendidih, masukkan perencah tomyam, daun limau purut, bawang besar, cili padi dan daun ketumbar. Kacau sebati dan biarkan seketika.

4. Masukkan cendawan & bunga kubis. Masukkan sos ikan, air limau nipis dan gula kabung secukupnya.
Kalau guna seafood, masukkan pada waktu ni.

Pada waktu ni, seimbangkan juga rasa tomyam supaya rasa masam, manis, masin dan pedas tu menyerlah.
Masukkan sedikit demi sedikit, supaya dapat adjust rasa tomyam seperti yang kita nak.

5. Setelah rasa seimbang, masukkan tomato. Dan, boleh tutup api.

6. Siapppp.


Tips : Seafood tu dimasukkan last, supaya seafood tak overcooked. Kita nak pastikan rasa manis-manis seafood tu tetap ada.

Complimentary dish : Telur dadar + kailan ikan masin + nasi panas = Syokkk Woooo!!!!

Nah hadiah 🤗


Comments

Popular Posts