Ayam Buttermilk

 Assalamulaikum wbt, harini saya nk kongsi satu resepi yang agak easy peasy je iaitu Ayam Buttermilk. Suami saya tiba-tiba request nak makan, mengidam mungkin. huhu

Jom Gengs

Resepi Ayam ButterMilk

Bahan-bahan

- Isi ayam - 2@3 orang makan
- Tepung Bestari original - 3 sudu besar (perap ayam)
- Buttercup @ Margerin - 3@4 sudu besar
- Bawang besar - 1 biji (potong dadu)
- Bawang putih - 4 ulas (cincang)
- Daun kari - 2 tangkai
- Cili padi - 6@7 biji (atas pedas masing-masing)
- Susu cair - 1 tin

Cara-cara

1. Perap ayam dengan tepung bestari & sedikit  bersama sedikit air selama 30 minit, kemudian salut dengan sedikit tepung bestari dan goreng sehingga isi ayam garing. Ketepikan.

2. Panaskan butter sehingga cair, kemudian masukkan bawang putih, bawang besar, daun kari dan cili padi. Tumis seketika sehingga naik bau. Jangan sampai garing.

3. Setelah naik bau, masukkan susu cair dan kacau sebati.

4. Apabila mendidih, masukkan garam, gula dan perisa. Seimbangkan rasa.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul sebati sehingga kuah sedikit pekat.

6. Siap untuk dihidangkan.


Tips: kalau tiada tepung bestari, boleh digantikan dengan tepung gandum + sedikit serbuk kari + sedikit garam + sebiji telur. Kemudian perapkan selama 30 minit.

Complimentary dish : makan bersama sambal belacan + kangkung goreng belacan + nasi panas is the best.

Nah hadiah =)


Comments

Popular Posts