Ayam Masak Thai

 Assalamualaikum wbt semua,

So harini, saya nak kongsi satu resepi yang sangatlah simple dan easy je. Iaitu Ayam Masak Thai.

Jom geng's.


Resepi Ayam Masak Thai

Bahan-bahan

- Ayam - secukupnya (lumur kunyit + garam (goreng sekejap))
- Serai - 2@3 batang (hiris kasar @ ketuk)
- Cili padi - 10@15 biji (kisar) - ikut tahap kepedasan masing2
- Bawang besar - 1 biji (kisar halus)
- Kunyit - 3 inci sebesar ibu jari (kisar halus)
- Daun limau purut - 5@6 helai (buang tulang tengah)
- Cilipadi @ cili merah - 1@2 biji (hiris serong)
- Sos tiram - 3@4 sudu besar 
- Sos cili - 3@4 sudu besar
- Garam, gula, perisa - secukupnya


Cara-cara

1. Tumiskan semua bahan kisar sehingga pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan sos cili dan sos tomato, kacau sebati.

3. Masukkan serai & daun limau purut, perasakan bersama garam, gula dan perasa secukupnya.

4. Masukkan sedikit air, kacau sebati.

5. Masukkan ayam yang telah digoreng, kacau sehingga sebati. Biarkan mendidih seketika.

6. Setelah mendidih, boleh angkat & hidangkan.

7. Siap !!!


Complimentary dish : nasi panas + telur dadar. Semestinya ngam soi.

Nah hadiah =)







Comments

Popular Posts