Chicken Wrap hentam saja

Assalamualaikum wbt,
So, harini saya nak kongsi nota cara nak buat chicken wrap hentam saja ni. Sama seperti namanya, hentam saja lah.

Jom geng's

Resepi Chicken Wrap Hentam Saja

Bahan-bahan

Kulit wrap
- Tepung gandum - 2 cawan
- Margerin - 2 sudu besar
- Baking powder - 1 sudu kecil
- Garam - 1/2 sudu kecil
- Air suam secukupnya

Cara-cara
1. Masukkan tepung gandum, baking powder, garam dan margerin ke dalam bekas. Gaul sehingga menjadi seperti serbuk roti.

2. Masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli doh tadi sehingga tak letak di jari.

3. Rehatkan doh selama 10 minit.

4. Canaikan doh mengikut kehendak kita, tapi pastikan canai nipis-nipis sahaja.

5. Masak menggunakan api perlahan di dalam pan tanpa menggunakan minyak. 

6. Masak kedua belah side sekejap sahaja, jangan sampai garing tau.

7. Siap.


Bahan-bahan

Inti Wrap

- Isi ayam - secukupnya (potong dadu)
- Tomato - 1 biji (potong dadu)
- Bawang besar - 1 biji (potong dadu)
- Kobis - secukupnya (potong halus)
- Karot - secukupnya (potong halus)
- Telur dadar - 2 @ 3 biji
- Sos cili
- Mayonis

Cara-cara
1. Perap isi ayam dengan tepung bestari pedas dgn sedikit blackpaper selama 30 minit. Kemudian, salut dengan tepung bestari pastu goreng hingga masak.

2. Goreng telur dadar dengan sedikit minyak & api perlahan. Kemudian hiris nipis-nipis.

3. Sapu mayonis, sos cili di atas kulit wrap. Kemudian letak telur dadar, bawang, kobis, tomato, karot dan isi ayam.

4. Balut chicken wrap seperti didalam gambar.

5. Kemudian, panaskan sekejap sahaja chicken wrap untuk garingkan kulit wrap.

6. Siap untuk dihidangkan.

Nah hadiah =)

Comments

Popular Posts