Kek Coklat Moist Kukus

Assalamualaikum w.b.t, gengs.

So harini saya nak share resepi kek kukus yang ringkas dan tersangatlah mudah. Kek Coklat Kukus ni, guna sukatan cawan sahaja dan boleh diblend menggunakan blender kalau kita tiada mixer kat rumah. easy je kan,

Jom Gengs.

Resepi Kek Coklat Moist Kukus Version

Bahan-bahan Kek

- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri blue key @ tepung gandum

- 1 cawan gula

- 1/2 cawan susu pekat manis

- 1 cawan susu cair

- 1 cawan margerin @ minyak masak

- 1 cawan serbuk koko

- 1 sudu kecik soda bikabonat

- 1 sudu kecil baking powder

- 4 biji telur


Bahan-bahan Coklat Ganache / Topping coklat

- coklat masakan @ chocolate chip 

- serbuk koko 

- margerin

- susu cair

- susu pekat 


Cara-cara Kek Coklat

1. Cairkan gula, susu pekat, susu cair, dan margerin sehingga sekata. Sejukkan

2. Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan soda bikabonat. Ketepikan seketika.

3. Blend 4 biji telur sehingga sekata, kemudian masukkan bahan yang telah dicairkan. Blendkan sekata.

4.  Masukkan bahan yang telah diayak kedalam sebatian , sedikit demi sedikit.. Blend kan bahan sehingga sebati. Boleh di blend menggunakan mixer atau blender.

5. Sapu loyang dengan margerin, kemudian masukkan adunan. 

6. Panaskan mengukus, apabila air telah mendidih, baru lah masukkan loyang kek. Boleh tutup atas loyang menggunakan plastik wrapper untuk mengelakkan air jatuh ke dalam adunan.

7. Kukus kek selama 45 minit atau sejam, atau sehingga kek masak. Cucuk kek dengan lidi untuk tahu kek telah masak atau tak. Sekiranya kek melekat di lidi, maksudnya kek belum masak. Teruskan mengukus selama 10 minit lagi.

8. Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu sebelum letak topping @ chocolate ganache.


Chocolate Ganache @ Topping Coklat

1. Cairkan coklat chip @ coklat masakan menggunakan kaedah double boiling.

2. Masukkan margerin dalam 2@3 sudu

3. Masukkan susu cair 1/4 cawan

4. Masukkan susu pekat, secukupnya

5. Masukkan serbuk koko secukupnya.

6. Pastikan lebih rasa koko dan rasa manis tu seimbang. Kalau lebih margerin nanti rasa coklat tak sedap.

7. Kacau sebati sehingga semua bahan larut.

8. Biarkan sejuk seketika

9. Tuangkan ke atas kek, dan boleh taburkan coklat urai @ coklat chip @ apa-apa decoration.

10. Siappppp.

Nah Hadiah =)




Comments

Popular Posts