Kimbap Korea
Assalamualaikum wbt,
Harini saya nak share nota makanan yang dah lama sangat saya mengidam nak try buat, iaitu "Kimbap". Kimbap ni dia macam sushi yang digulung dengan rumpai laut tapi dia adalah versi Korea.
Jom, Let's go gengs.
Resepi Kimbap Korea
Bahan-bahan (8-9 batang)
- Seaweed "Yaki Suki Nori" - secukupnya
- Beras sushi - 2 cawan
- Karot - 1 batang - Hiris panjang
- Timun batang - 1 batang - Hiris panjang
- Telur - 3 biji
- Jeruk lobak putih (Danmuji) - Hiris panjang
- Crab-stick
- Sosej - Potong 4 memanjang
- Sushi Vinegar (optional)
- Mayonis - secukupnya
- Sos takoyaki (optional)
- Bamboo roll mat - khas untuk gulung sushi
Cara-cara
1. Tanak@masak beras jepun macam biasa, guna sukatan jari macam biasa.
*apabila nasi masak, masukkan 3 sudu cuka sushi dan gaulkan rata.
Biarkan nasi rehat dalam 5-10minit*
2. Pukul telur sehingga sedikit kembang, masak dengan api perlahan. Sama je macam buat telur dadar. Angkat sejukkan dan potong nipis memanjang.
3. Goreng karot yang dihiris memanjang sehingga sedikit layu. Angkat dan ketepikan.
4. Goreng sosej dengan api perlahan sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
7. Goreng crab-stick sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
8. Lapikkan bamboo roll mat, kemudian hamparkan seaweed diatasnya. Pastikan bahagian licin dibawah dan bahagian kasar di bahagian atas.
9. Kemudian, ambik nasi tadi. Hamparkan rata nasi diatas seaweed. Pastikan ada jarak ruang kosong sebanyak 2 inci di bahagian atas dan bawah seaweed. (untuk memudahkan kerja gulung nanti).
10. Letakkan mayonis, sos takoyaki, timun, telur, sosej, jeruk lobak putih, crab-stick dan karot di atas nasi tersebut. Susun rapat-rapat secara memanjang.
11. Kemudian, gulung seaweed secara berhati-hati.
12. Potong bulat macam potong lemang, dah siap.
13. Siap untuk dimakan!!!!
*Cara gulung boleh rujuk cara gulung kimbap dekat youtube. Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment