Resepi Sup Daging
Bahan-bahan
- daging (3-4 orang makan) // hiris nipis @ dadu
- 3 biji bawang merah // potong mayang
- 3 ulas bawang putih // potong mayang
- 1 sup bunjut adabi
- 1 biji bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- 1 inci halia // ketuk kasar
- 1 inci lengkuas // ketuk kasar
- 1 biji tomato // potong 4
- cili padi // optional
- garam & perasa // secukupnya
- limau nipis // kalau nak masam sikit
- daun bawang & daun sup // potong nipis
- bawang goreng
Cara-cara
1. Basuh bersih daging. Rebus daging bersama halia & lengkuas sehingga mendidih. Buang segala kotoran yang terapung semasa daging mendidih.
2. Dalam kuali lain, tumis bawang merah, bawang putih, bunga lawang, buah pelaga & sup bunjut sehingga warna garing keperangan.
3. Masukkan sedikit air rebusan daging kedalam tumisan tadi dan biarkan mendidih seketika. Hati-hati ya, risau minyak terpercik.
4. Masukkan air tumisan tadi kedalam periuk rebusan daging. Rebus daging sehingga empuk.
5. Bila daging empuk, masukkan garam & perasa secukup rasa. Masukkan juga tomato dan biarkan mendidih seketika.
6. Bila dah cukup rasa, boleh tutup api dan masukkan cili padi.
7. Taburkan daun bawang & daun sup, serta bawang goreng ketika dihidangkan. Boleh perah sedikit limau nipis jika inginkan sup lebih masam.
8. Siappp
Comments
Post a Comment