Teresek Jantung Pisang

Bahan-bahan

- 1 biji jantung pisang // hiris nipis (rendam dalam air garam 10 minit)
- 4 biji bawang merah // tumbuk
- 2 ulas bawang putih // tumbuk
- 1@2 biji cili // tumbuk (ikut nak pedas mana)
- 1 inci halia // tumbuk
- 1 inci lengkuas // tumbuk
- 2 sudu serbuk kari // bancuh air
- 1/2 cawan santan 
- air // secukupnya hingga jantung pisang empuk
- ayam // potong halus (optional, saya malas letak)
- garam, gula & perasa // secukupnya 


Cara-cara 
1. Tumis segala bahan tumbuk sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh air. Tumis sehingga pecah minyak. 

2. Boleh masukkan ayam jika nak, kacau hingga ayam empuk sikit.

3. Masukkan jantung pisang yang dah ditoskan air. Gaul sebati semuanya.

4. Masukkan air & santan, kacau seketika sehingga mendidih. Kecikkan api dan biarkan sehingga jantung pisang empuk.

5. Boleh masukkan air jika air tak cukup.

6. Bila jantung pisang dah empuk, perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya. Gaul sebati.

7. Biarkan kuah sedikit kering atau ikut citarasa nak kuah banyak mana.

8. Siappp. Boleh dihidangkan. 

Comments

Popular Posts