Roti Tempayan (Roti Naan)

Asssalamualaikum,

So pagi tadi, saya cuba buat roti tempayan dan kari ayam simple by combining resepi dari Instagram dan twitter.

For roti tempayan.  Doh tu kena canai nipis sikit. Jangan terlalu tebal. Sebabnya, bila kita masukkan dalam pan, doh tu akan naik.
Kalau canai terlalu tebal, nanti doh tu tak dapat masak dengan sekata.

Disini disertakan bersama resepi,

Roti Tempayan dan Kari Ayam

Roti Tempayan (Naan)
Bahan-bahan:
- tepung gandum 2 cawan
- telur ayam 1 biji
- garam sedikit
- yis 1 1/2 sudu besar
- gula 2 sudu besar
- Susu pekat 1 sudu besar
- air suam 1 cawan

Cara-cara:
1. Bancuh air suam, yis, gula dan susu pekat. Biarkan kembang

2. Dalam mangkuk masukkan tepung, garam & telur.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit, dan uli doh sehingga tak melekat di jari. 

4. Rehatkan 30 minit sehingga doh kembang.

5. Tumbuk doh untuk buang angin dan boleh dicanaikan. Jangan terlalu tebal.

5. Boleh masak menggunakan pan/rice cooker.
*Tabur sedikit tepung terlebih dahulu supaya doh tak melekat.

Nah hadiah.

Gebu en? 

See ya.

Comments

Popular Posts